Selasa, 9 April 2013

MENGAPA ALLAH MENJADIKAN MANUSIA ITU BERBEZA??




Mengapa ALLAH SWT menjadikan manusia pelbagai rupa dan warna kulit????

Saya rasa semua tahu yang manusia merupakan ciptaan ALLAH SWT yang paling sempurna kerana kita dikurniakan akal dan juga hawa nafsu,berbandingkan mahluk lain yang hanya mempunyai nafsu atau akal sahaja.

Namun kesempurnaan manusia yang saya ingin coretkan pada tulisan saya kali ini ialah “MANUSIA MEMPUNYAI RUPA PARAS DAN ARNA KULIT YANG BERBEZA”.

Kenapa ya? Kenapa ALLAH SWT menjadikan kita ini beraneka rupa dan juga warna kulit? Dan kenapa ALLAH SWT tidak menjadiakan manusia mempunyai rupa paras yg sama?

jawapannya
Supaya manusia tahu  mengunakan kelebihan nikmat akal mereka.

Tak faham? Tak pe saya cuba uraikan

Manusia mempunyai warna kulit dan rupa paras yang berbeza kerana mengikut ras-ras dan keturunan masing-masing.Contohnya kalau di sekitar Negara-negara barat atau ingeris maysarakat mereka berkulit putih dan cerah. Manakala di rantau Afrika kebanyakan masyarakat mereka berkulit gelap dan masyarakat Malaysia pula bagi kaum Melayu kebanyakan yang kebanyakannya berkulit berwarna sawa matang.
Kesemua perbezaan ini adalah kekuasaan ALLAH SWT dimana kalau kita lihat pada asma ul-husna sendiri ALLAH SWT itu maha pencipta lagi maha bijaksana.
Itulah sebabnya kenapa ALLAH SWT menciptakan manusia pelbagai rupa dan warna kulit hanyalah semata-mata untuk kita mengunakan kelebihan akal kita untuk terus beribadat kepada ALLAH SWT dan mempercayai bahawa sesunguhnya ALLAH SWT maha pencipta lagi bijak sana seperti apa yang tertulis dalam Firman ALLAH SWT yang bermaksud:


“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikan itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui.” (QS. Ar-Ruum [30]:22)



Dalam ayat tersebut jelas bahwa diantara tanda-tanda kekuasaan Allah SWT ialah diciptakannya manusia dalam bentuk dan warna tubuh yang bermacam-macam serta bahasa yang berbeza. Dia menciptakan anak-anak Adam dalam perbedaan dan di sinilah ditunjukkan tanda-tanda kekuasaannya. Dari jumlah keseluruhan umat manusia sekarang ini, tidak akan pernah ada cerita2 orang memiliki persamaan yang sama, dari mulai wajah hingga perilaku. Bahkan anak kembar siam sekalipun pasti ada bezanya!

Tapi apa yang saya kesalkan disini ialah masih ada sesetengah pihak yang terlalu angkuh dan banga dan tidak bersyukur jika mereka dianugerahkan dengan nikmat wajah dan warna kulit yang cantik yang akhirnya mereka sangup menghina,mencaci, dan memulaukan golongan yang mempunyai wajah yang kurang cantik sehinggakan ianya membawa kepada tekanan emosi dan pshykologi yang teruk kepada golongan ini.
Namun yang lebih teruk lagi ada yang terlalu rakuskan wajah yang cantik ada juga yang sanggup melakukan pelbagai rawatan seperti pembedahan plastik,suntikan botok atau lebih teruk lagi susuk untuk kelihatan lebih cantik dan muda walaupun sudah berusia. Segala perlakuan ini adalah salah dari hukum Islam dimana kita cuba untuk mengubah ciptaan ALLAH SWT.

Kita seharusnya bersyukur dengan apa yang ada,kerana rupa paras tu semua pinjaman ALLAH SWT
dan bila-bila sahaja ALLAH SWT boleh tarik balik pemberian tersebut.

Jadi kesimpulanya disini janganlah kita saling menghina kekurangan dan kelemahan orang lain dan sesunguhnya ALLAH SWT tidak akan menilai hambaNya mengikut rupa paras.

Ketahuilah wahai saudaraku bahawa sesunguhnya ALLAH itu maha pincipta lagi bijaksana.

wallahualam….