Rabu, 5 Jun 2013

Adakah Kita Layak di Gelar Umat Nabi Muhammad


Kadang-kadang saya tertanya-tanya

Adakah kita umat di akhir nie akan mendapat syafaat di akhirat kelak?
Adakah Nabi Muhammad S.A.W akan mengakui bahawasanya kita ini adalah umat Baginda?

Setiap kali saya memikirkan pekara ini,saya jadi risau adakah saya akan tergolong dalam golongan yang tidak mendapat syafaat Nabi Muhammad SAW.

bukan apa,

Cubalah kita tengok gejala belia2 kita di zaman sekarang terlalu bebas sehinggakan kadang-kadang kita sendiri tak dapat memastikan yang dia tu Islam ataupun tidak oleh kerana ciri-ciri fizikalnya yang lansung tidak mengambarkan dia ini seorang Islam dan disini bukanlah niat saya untuk mengata atau mencaci mana-mana pihak.

Apatah lagi tingkah laku,peragai,bahasa, dan lain-lain,Masya-Allah tak termampu untuk saya coretkan disini.
Kenapa pekara nie boleh terjadi ?
Kenapa umat yg serba moden ini makin hari semakin lingkup?
Kenapa?Bagaimana?

Mungkin betul cakap Ustaz dan Ustazah saya dahulu kita nie hanya dilahirkan sahaja sebagai Islam dan Islam itu hanyalah sepotong perkataan di IC kita sahaja.
Tapi jiwa kita,amalan kita,perbuatan kita lansung tak berkait dengan Islam malah kita sendiri memisahkan Islam dari kehidupan kita.

Memang betulah kita nie memang umat di akhir zaman.

Kita tidak lagi memandang Islm itu satu kewajipan yang harus kita laksanakan
apa yang kita kejar hanyalah kemodenan,fesyen,hiburan,kemewahan,kuasa,hiburan dan lain-lain lagi.
Malah kita tingalkan apa yang Allah perintahkan.

Malah kita belia sekarang ini banga bila melakukan kemungkaran dan yang paling advance sikit siap siarkan lagi di media-media masa seperti YouTube dan Facebook dan lagi sedih ada juga yg turut memberi sokongan dan pujian diatas kemungkaran tersebut.
contohnya apabila seorang perempuan memasukan gambarnya yg tidak menutup aurat ke dalam FB
keseluruhan komen memuji dari menasihati
contohnya "wah cutelah awak nie suka saya".
                 "Hurm cantik gambar ala-ala model gitu"
               
tapi jarang sekali kita dengar "Cantik kot... Tapi kalau tutup aurat lagi cantik"
               
Apa yang membuatkan saya bertambah sedih apabila kita menegur orang untuk berbuat baik kita pula yang dicaci,dimari malah ada juga yang menyatakan:

"Kau jangan nak bajet diri kau tu baik sanggatlah"

"Tak payahlah nasihatkan aku,aku tau apa yg aku buat,dosa aku tanggung sendiri bukan kau,kau                      nak sibuk apasal pulak"

"Sebelum ko nasihatkan aku kau cermir diri kau dulu tu ustaz ke,ulama ker kalau bukan tak payahlah nak ngada-ngada tegur aku"

kalau yg teruk sikit

"Hei ustaz manalak yg menyibuk tiba-tiba nie"

Kalau yg teruk banyak tak dapat nak saya bayangkan.

Memang betulah kita nie memang umat di akhir zaman.

mungkin juga gejala-gejala ini berlaku disebabkan kita sudah semakin jauh meningalkan Al-Quran dan As-Sunnah.

bila kita ingatkan kembali pesan Rasulullah S.A.W selagi kita berpegang pada Al-Quran dan As-Sunnah selagi itu kita tidak akan sesat.

saya rasa sampai disitu coretan saya

sama-samalah kita membaiki diri sendiri dan org disekeliling kita

Wallahualam

I LOVE ALLAH AND RASULULLAH :)

disini ada doa yg sesuai untuk bertaubat









2 ulasan: